Showing posts with label Model aksi. Show all posts
Showing posts with label Model aksi. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Gundam Termahal Didunia


Bersempena dengan Expo Basel World 2007 iaitu Pameran Jam dan Barang Kemas Terbesar Sedunia di Basel, Switzerland, Bandai Co Ltd dengan beraninya mengumumkan usahasama dengan Ginza Tanaka Jewelery untuk  menghasilkan "GUNDAM FIX PLATINUM"!

Usahasama ini merupakan strategi pintar Bandai bagi mempromosikan serta mendedahkan produk dan watak Gundam kepada dunia golongan elit atasan. Gundam RX-78 2 dalam versi platinum tulen berwarna perak cerah memberi simbol entiti Gundam yang tidak dimamah usia, tulen, prestig dan unggul. Gundam Fix Platinum hasil cantuman 89 bahagian anggota badan  pula membuktikan ketelitian dan hasil seni yang tidak ternilai.     

Gundam Fix Platinum tidak ditawarkan untuk dijual namun anggaran harga pasarannya adalah 30 million yen (sekitar  US$250,000). Ia adalah produk Gundam termahal dan paling unik. Ia diperbuat daripada 1,400 gram platinum tulen. Model ini yang direka dan diilhamkan oleh Hajime Katoki sendiri mengambil masa 2 tahun untuk diciptakan. Model ini adalah setinggi 125 mm dan seberat 1.4kg. Selain daripada stuktur binaan model ini yang diperbuat daripada platinum bahagian sisi kepala pula ditakhtakan dengan berlian 0.15 karat. 

Gudam termahal ini dipamerkan dari 12 hingga 19 April 2007 dan seterusnya akan disimpan oleh Bandai. Awanz percaya model ini pasti mendapat perhatian dan komen yang positif daripada golongan atasan. Bagi golongan kebanyakan (seperti Awanz hehe) dipersilakan lihat dan hayati keunggulan foto model Gundam  Fix Platinum tersebut. Moga-moga tiada isteri para Gunpla sekalian yang mengidam barang kemas Gundam hehe.


Tuesday, June 22, 2010

Bergembira dengan Gundam Marker

Setiap Gunpla wajib mengetahui kaedah meletakkan butiran perincian pada model plastik. Sekiranya model Gundam tidak diperincikan ia umpama 'langit malam tanpa bintang'. Hilang seri model plastik! dan yang paling menakutkan status Gunpla anda sama taraf dengan rakyat kebanyakan hehe.

Sebenarnya teknik perincian boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat daripada proses mewarna menggunakan cat acrylic sehinggalah kepada kaedah cat semburan. Sebenarnya tahap profesionalisme seseorang Gunpla ditentukan berdasarkan kemahiran proses perincian. Sebagai permulaan Awanz ingin berkongsi kaedah perincian yang paling asas dan paling mudah. Kaedah perincian menggunakan 'Gundam marker'.
 
Gundam marker adalah pen marker khusus keluaran Bandai, Mr. Hobby dll yang amat sesuai untuk diaplikasikan pada model plastik. Penggunaan pen marker tersebut meninggalkan kesan khusus yang benar-benar melekat dan kekal pada model plastik. Dakwat pen marker tersebut tidak tertanggal daripada model plastik dan cepat kering. Kos Gundam marker juga adalah lebih ekonomi berbanding cat semburan.
Terdapat 3 jenis mata pena Gundam marker iaitu:-
  1. Pen marker 'weathering' (kiri pada foto) berdakwat acrylic dengan mata pena lebar seakan berus. Ia digunakan bagi mewarna permukaan model yang luas. Ia biasanya lebih tertumpu kepada proses mebangkitkan kesan usang, lumut dan karat pada model. Kesan sebegini menunjukkan model Gundam yang lebih realistik umpama Gundam telah dimamah usia.
  2. Pen marker 'panel lining' (tengah pada foto) berdakwat enamel yang dibina dengan mata pena yang sangat halus dan tajam. Ia memudahkan Gunpla untuk melukis dan mewarna garisan halus pada taris panel sudut-sudut model Gundam.
  3. Pen marker berdakwat acrylic (kanan pada foto) yang dibina dengan mata pena yang lebih kasar tetapi lembut umpama berus cat. Ia digunakan bagi mewarnakan permukaan sederhana luas pada model. Ia alternatif terbaik bagi penggunaan cat acrylic. Mudah digunakan berbanding cara konvensional dimana Gunpla tidak perlu mencampurkan cat acrylic dengan 'thinner'.
 
Gundam marker adalah kaedah praktikal yang mesti dicuba oleh Gunpla modeling yang baru berkecimpung. Disamping itu sekiranya berlaku KESILAPAN ketika mengunakan Gundam marker ia sangat mudah untuk dipadam. Apabila dakwat Gundam marker masih kering hanya bersihkannya dengan menyapu tisu basah. Sekiranya dakwat Gundam marker telah kering bersihkan bahagian yang salah diwarna dengan tisu basah dicampur thinner. Piece of cake.
 
Berikut adalah produk Gundam Marker dipasaran. Selamat mencuba Awanz percaya ianya berbaloi.
GMS110 Gundam Marker Ultra Fine Set (set of 6)GMS109 Gundam Marker Seed Basic Set (set of 6)GMS105 Gundam Marker Basic Set (set of 6)GMS107 Gundam Marker Weathering Set (set of 6)Gundam Marker SD Gundam Force Set (6 Color Set)GMS114 Gundam Marker Seed Destiny Set #1 (set of 6)GMS-118 Gundam Marker (set of 6)GMS113 Real Touch Marker Set #2 (set of 6)GMS-112 Real Touch Marker Set #1 (set of 6) 

Tuesday, June 15, 2010

Langkah menjadi Semi-Pro Modeler

Minat adalah pra syarat sebelum menceburkan diri sebagai modeler profesional. Awanz memilih untuk menumpukan minat pada model aksi Gundam. Sebenarnya terdapat alternatif model plastik seperti replika kenderaan, kereta kebal, kapal terbang dan figurin animasi.

Seterusnya kita perlu mencari guru bagi mendalami ilmu modeling plastik. Malangnya Modeler profesional untuk dijadikan guru sangat susah dijumpai. Alternatif terbaik adalah dengan melungsuri laman web. Youtube umpamanya memberikan idea tentang modifikasi plastik model. Terdapat juga blog-blog modeler yang bermurah hati berkongsi tip dan panduan modeling. Sebenarnya tanahair kita dilimpahi oleh begitu banyak pakar model plastik.

Pada 14.6.2010 ketika Awanz menghadiri Pesta Buku telah terjumpa dengan buku 'NomoKen'. Buku berbahasa Jepun ini boleh difahami kerana ia memberikan ilustrasi terperinci tentang peralatan modeling. Ia juga memberi panduan tentang modifikasi dan 'airbrush'. Kaedah memotong pla-plate dan membuat garisan (scribing) pada model plastik diterangkan secara terperinci.  Moga buku tersebut akan membimbing Awanz mendalami ilmu Gunpla supaya dapat dikongsi bersama.


Sunday, June 6, 2010

Bandai vs TT Hongli

Pasti anda terperasan tentang kewujudan 2 jenis model Gundam di pasaran. Model Gundam tersebut amat mirip NAMUN mempunyai harga yang jauh berbeza. PENGUMUMAN: Model Gundam Murah adalah TIRUAN! Gundam asli adalah yang dikeluarkan oleh hanya 1 syarikat iaitu Bandai.

Gundam tiruan keluaran TT HONGLI adalah produk China. Tiada maklumat rasmi tentang syarikat TT Hongli tetapi ia sangat popular dikalangan Gunpla yang kurang berkemampuan. Pertikaian isu hakcipta Gundam telah dibawa ke Mahkamah oleh Bandai namun kerana permintaan yang tinggi Gundam TTHongli masih mudah diperolehi dipasaran gelap.

Gundam TTHongli berwarna kusam dan amat kasar tetapi plastiknya lebih berkilat. Proses pasang siapnya pula tidak menjanjikan hasil yang terbaik. Permukaan model tidak sekata dan susah untuk dicantumkan. Dari sudut positif Gundam TT Hongli sesuai untuk diubahsuai bagi projek 'diorama' kerana seseorang Gunpla tidak terkilan untuk memotong @ memecah @ menghancurkan Gundam tiruan (hehe). Ia jugasesuai untuk dihadiahkan kepada Gunpla bawah umur dan sebagai bahan uji kaji bagi kerja mewarna 'air brush'.     
GUNPLA sejati hanya memilih BANDAI. Say NO to IMITATION. Hargai Hak Cipta.

Wednesday, May 26, 2010

Perkakas Modeling

Perkakasan asas bagi Gunpla adalah mudah iaitu gunting. Bagi pemalas anda boleh sahaja memulaskan komponen plastik daripada blok plastik secara manual(hehee). Tetapi sebagai peminat hobi Gunpla yang berdedikasi dan profesional berikut adalah perkakasan wajib/ asas iaitu:-
  1. Pemotong (Cutter)
  2. Pengasah (Sanding tools)
  3. Pisau
  4. Kertas pasir
  5. Gundam marker
Perkakasan yang paling penting adalah Pemotong. Penggunaan pemotong yang sesuai memastikan komponen plastik Gundam dapat dipisahkan daripada blok-blok plastik dengan kemas. Ia juga mengelakkan kecederaan pada jari dan yang paling penting anda kelihatan profesional.

Monday, May 24, 2010

Kategori Pengamal

Membina model plastik Gundam (Plamo) yang bermula sejak 1880an di Jepun dan seterusnya di dunia barat sudah mempunyai pengikut yang setia di seluruh dunia.  Berbanding dengan hobi membina model kenderaan atau kapal terbang umpamanya Awanz berpendapat hobi membina model Gundam memerlukan imaginasi tertinggi daripada pengamalnya. Ini kerana ia bergantung sepenuhnya kepada objek yang hanya wujud dalam siri animasi. Tiada objek sebenar boleh dijadikan rujukan atau perbandingan. Model Gundam adalah eksperesi unik setiap pengamalnya.
 
Secara asasnya hobi membina model Gundam boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-
  1. Pasang siap (Snap fitting) : Ia adalah kemahiran asas yang diperlukan bagi pengamal. Cuma caraikan komponen model dan cantumkan berpandukan manual.Hasilnya adalah model yang lengkap tetapi kusam dan kurang bermaya.
  2. Penelitian (Detailing) : Setelah selesai proses pasang siap pengamal akan mewarnakan garisan pada panel model Gundam sahaja bagi menimbulkan efek tegap dan gah pada model. Garisan halus pada panel model diwarnakan menggunakan pen khas Gundam.
  3. Modifikasi: Peringkat tertinggi dimana pengamal akan membuat penambahan garisan pada panel model Gundam. Ia seterusnya digilap, ditambah dengan 'pla plate' dan diwarnakan. Sendi-sendi model juga ditokok tambah supaya pergerakan model lebih fleksibel. 
Sebagai peminat Gundam yang baru berjinak-jinak Awanz telah dengan mudah menguasai kategori pertama hobi membina model. Walaupun agak sukar memahami arahan yang keseluruhannya berbahasa Jepun namun ilustrasi pemasangan sebenarnya banyak membantu Awanz. Ia tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Model Gundam pasang siap yang pertama adalah 'Freedom Gundam' (atas).



Saturday, May 22, 2010

Skala dan Grade

Model plastik Gundam boleh dikategorikan kepada 5 skala utama iaitu:-

A. Skala 1:144: Ia adalah skala pertama dan dikeluarkan oleh Bandai. Ia muncul sejak 1980. Pergerakan sendi-sendi model adalah terbatas. Juga dikenali sebagai 'No Grade' atau 'Perfect Grade'. Pada 2010 model terbaru dengan butiran terperinci yang dikenalai sebagai 'Real Grade'



B. Skala 1:100: Mula diperkenalkan pada 1979 dengan RX-78 sebagai model pertama. Ia juga dikenali sebagai 'High Grade' dan 'Master Grade' kerana ia telah siap diwarnakan dengan butiran yang lebih terperinci dibina pada bahagian anggota Gundam.

C: Skala 1:60: Butiran terperinci pada model diperkaya dengan LED mentol bagi menimbulkan suasana dramatik. Ia dikenali sebagai 'High Grade EX' dan 'Perfect Grade'.

D: Skala 1:48: Mula diperkenalkan pada tahun 2010. Ia adalah saiz terbesar dan dikenali sebagai 'Mega Size Model'.


E: Super Deformed (SD): Model Gundam bersifat komikal. Ciri utama adalah saiz kepala Gundam yang besar dengan ekspresi emosi pada wajah Gundam. Ia bersaiz kecil dan memerlukan modifiksi untuk siap sepenuhnya.

Friday, May 21, 2010

Gunpla

Plamo merujuk kepada hobi membina atau meminati hasil model-model plastik. Ia meliputi model plastik berasaskan ketenteraan, bangunan bersejarah, karaktor fantasi, anime dan manga. Kemahiran seseorang plamo adalah kebolehan mengubahsuai model plastik menyerupai objek sebenar dalam skala kecil. Hasil-hasil Plamo dijadiakan hiasan untuk ditatapi, dipamer dan dihayati oleh peminat seni Plamo.

Satu cabang utama Plamo adalah Gunpla ( Gundam Plastik) yang merujuk kepada kemahiran membina model robot (mecha), kenderaan dan watak plastik berdasarkan siri Gundam. Ia bermula pada 1980 apabila Bandai mengilangkan model plastik berdasarkan siri Gundam. Populariti model-model tersebut meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga kini telah menjalani proses evolusi dan transformasi yang pesat.

Tuesday, May 18, 2010

Apa di dalam Kotak?

Bagi pembelian pertama model plastik Gundam ia adalah satu misteri tentang isi kandungan kotak Gudam. Apa yang telah anda belanjakan kini dibongkar. Peringatan: Isi kandungan sesuatu model gundam berbeza mengikut saiz model. Bagi model 1:100 ia mengandungi:-

1. Buku Panduan Pemasangan. Amaran! Jangan terkejut apabila mendapati ia ditulis dalam Bahasa Jepun. Ilustrasi pemasangan boleh difahami.
2. Kepingan Blok plastik model 3. Sticker

Salah faham utama yang pasti berlaku kepada pembeli baru model Gundam adalah; Mengapa model yang telah siap dipasang TIDAK SAMA dengan foto model pada kotak? Kenapa model kusam dan lesu berbanding foto pada kotak?

Sukacita dimaklumkan bahawa foto/ ilustrasi pada kotak model adalah rupa bentuk Gundam setelah PROSES UBAHSUAI. Proses ini merangkumi kerja-kerja kreatif seperti mewarna, garisan panel, mengilat dan melekatkan sticker tambahan. Awanz percaya kreativiti anda masing-masing akan membuatkan model Gundam unik mengikut individu.

Model Plastik Gundam

Model Gundam merujuk kepada pemasangan dan penyambungan model kit plastik bagi membentuk watak robot Gundam dalam skala kecil. Kemahiran atau hobi membina model gundam dikenali sebagai Gunpla (Gundam Plastic Modeling) dan digilai oleh peminat anime sebagai cenderahati dan hiasan meja.

Model Gudam umumnya dibahagikan kepada 3 saiz iaitu 1:144, 1:100 dan 1:60. Versi pertama model gundam adalah RX-87 menerusi siri "Mobile Suit Gundam'. Model Plastik Gundam kini merupakan hobi yang menguji kemahiran dan imaginasi individu. Memodifikasikan model gundam sangat dihargai oleh peminat tegar. Misi Awanz adalah untuk merevolusikan bidang plastik model gundam. Tunggu dan Lihat!
Related Posts with Thumbnails