Showing posts with label Watak Gundam. Show all posts
Showing posts with label Watak Gundam. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

RX-78 2

Lagenda Gundam bermula apabila Earth Federation mula ditentang oleh Principality of Zeon. Zeon mempunyai kelebihan teknologi robotik yang dikenali sebagai Mobile Suit. Bagi menghadapi tentangan Zeon, Earth Federation secara rahsia mencipta senjata terhebat iaitu Gundam. Apabila rahsia senjata Earth Federation terbongkar Zeon cuba merampasnya dengan menyerang side7 dimana Amuro Ray menetap. 

Zeon membunuh penduduk side 7 termasuk bapa Amuro Ray iaitu saintis yang mencipta RX-78 2. Dalam kekalutan dan kacau bilau Amuro Ray diserahkan dengan manual kawalan Gundam. Tanpa memahami isi kandungan manual tersebut Amuro Ray terserempak dengan RX-78 2 yang terbiar tanpa pemandu. Demi menghalang Mobile Suit Zeon sewenang-wenang membunuh orang ramai dan bagi melindungi rakan-rakannya Amuro Ray secara spontan memasuki kokpit kawalan RX-78 2. Berpandukan buku manual ditangan Amuro Ray mula merintis sejarah sebagai perintis Gundam! The rest is legend beb.


Saturday, May 22, 2010

RX-78 prototype 1

Bapa kepada semua Gundam. RX 78 prototype 1 direka oleh Yoshiyuki Tomino sebagai robot berbaju kebal yang dilengkapi pedang kendo. Berwarna kelabu asap, kusam dan legap menunjukkan sifat asal Gundam selaku senjata pertahanan dengan ciri samurai.

Ia sepatutnya muncul pada siri 'Freedom Fighter Gunboy' pada 1979 namun pihak penerbitan iaitu Sunrise tidak meluluskannya kerana berpendapat warna legap tersebut tidak dapat menarik peminat. Akhirnya RX-78 1 tidak dilancarkan dan sirinya dibatalkan!

Seterusnya hasil perbincangan antara Tomino dan Kunio Okawara RX-78 1 telah dimodifiakasi dan dinaik taraf menjadi RX-78 2. Kini ia menjadi lebih berwarna-warni dan diluluskan buat pertama kalinya melalui siri 'Mobile Suite Gundam'. Walaupun RX-78 protoype 1 gagal dilancarkan namun rekaan asal tersebut tetap menjadi lagenda dan rujukan kepada model RX seterusnya.

Bagi Awanz watak RX-78 1 memberi masej bahawa dengan sifat yang kental dan tegar kita mampu mencipta tapak didalam lebaran sejarah. Semestinya kini sang bapa pasti berbangga melihat kejayaan anak-anaknya hehe.


Related Posts with Thumbnails