Showing posts with label Kategori Model. Show all posts
Showing posts with label Kategori Model. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Skala 1:144 Evolusi Gundam



Skala versi 1:144 adalah perintis kepada model plastik Gundam. Ia wujud sejak 1980 dan setelah lebih 30 tahun versi ini telah melalui proses evolusi.

Model RX 78-2 berskala 1:144 adalah yang pertama dikeluarkan Bandai secara terhad bersempena siri animasi Mobile Suit Gundam. Ia sukar dicantum pasangkan. Pergerakan sendi juga terhad dan seseorang Gunpla perlu menggunakan gam bagi menyempurnakan model tersebut. Ia dikeluarkan dalam format satu warna dan oleh kerana kekurangannya ia dikenali sebagai 'NO GRADE' (NG).


Seterusnya pada awal 1980an model 1:144 versi FIRST GRADE (FG) diperkenalkan. Dengan rekabentuk yang diperkemas dan pergerakan sendi yang lebih fleksible ia menjadi kegilaan baru Gunpla. Namun kekurangan ketara pada versi ini adalah cantuman sendi yang kasar. Versi ini hanya menpunyai warna asas karektor Gundam dan oleh itu ia tidak perlu diwarnakan. Hanya 3 model dikeluarkan Bandai iaitu RX 78-2, Zaku II dan Zaku II Commander Type.

Dari masa ke semasa Bandai terus membuat penyelidikan dalam menghasilkan model Gundam yang lebih baik. Usaha mereka membuahkan hasil apabila pada 1990 teknologi bancuhan plastik terutama rekaan 'poly cap' dibahagian sendi gundam diperkenalkan.  Polycaps menjadikan model lebih fleksible. Kini bancuhan plastik yang menggunakan teknologi 'System Injection' membolehkan berbagai warna diadaptasikan pada model. Maka lahirlah versi HIGH GRADE (HG) yang mudah dicantumkan tanpa penggunaan gam dan fleksibel. Ciri yang paling utama versi HG adalah rekaan bahagian dalaman (inner frame) dan bahagian luaran (outer frame). Dengan rekaan tersebut model Gundam lebih realistik dan mudah digayakan mengikut citarasa Gunpla.

Kini versi HG adalah sinonim dengan skala 1:144. Versi HG yang dikeluarkan oleh Bandai adalah seperti berikut:-
  1. High Grade Universal Century (HGUC)
  2. High Grade Gundam Seed
  3. High Grade Gundam Seed MSV
  4. High Grade Fighting Action
  5. High Grade Gundam OO

Friday, June 18, 2010

Super Deformed (SD)

Model plastik gundam berskala kecil dan berciri komik. Ia kelihatan comel dan kelakar dan Gundam SD dikenali sebagai 'super cacat' kerana ia  sengaja dibina dengan bentuk fizikal yang tidak sekata. Kepala Gundam SD terutamanya direka berskala besar (Sebenarnya kepala Gundam SD sama besar dengan badannya). Namun dari sudut positif Gundam SD jelas memaparkan riak muka dan ekspresi emosi dan perlakuan Gundam. Ia jelas menunjukkan sikap marah, gembira atau duka. 
Model plastik Gundam SD sangat mudah dan ringkas untuk dipasang siap. Oleh yang demikian pergerakan sendi-sendi anggota badannya sangat terbatas. Model Gundam SD juga memerlukan kerja-kerja mewarna dan modifikasi yang agak teliti sebelum ianya dianggap sempurna. 
Gundam SD dibuat berdasarkan komik dan bukannya berdasarkan siri animasi. Ia juga tidak mempunyai pemandu/ pengawal kokpit kerana ia adalah umpama robot yang bernyawa dan berkarektor peribadi. Antar kategori SD yang terkenal adalah BB Senshi, Ganso SD Gundam,  Musha Gundam dan Knight Gundam.


Related Posts with Thumbnails