Sunday, June 27, 2010

Skala 1:144 Evolusi Gundam



Skala versi 1:144 adalah perintis kepada model plastik Gundam. Ia wujud sejak 1980 dan setelah lebih 30 tahun versi ini telah melalui proses evolusi.

Model RX 78-2 berskala 1:144 adalah yang pertama dikeluarkan Bandai secara terhad bersempena siri animasi Mobile Suit Gundam. Ia sukar dicantum pasangkan. Pergerakan sendi juga terhad dan seseorang Gunpla perlu menggunakan gam bagi menyempurnakan model tersebut. Ia dikeluarkan dalam format satu warna dan oleh kerana kekurangannya ia dikenali sebagai 'NO GRADE' (NG).


Seterusnya pada awal 1980an model 1:144 versi FIRST GRADE (FG) diperkenalkan. Dengan rekabentuk yang diperkemas dan pergerakan sendi yang lebih fleksible ia menjadi kegilaan baru Gunpla. Namun kekurangan ketara pada versi ini adalah cantuman sendi yang kasar. Versi ini hanya menpunyai warna asas karektor Gundam dan oleh itu ia tidak perlu diwarnakan. Hanya 3 model dikeluarkan Bandai iaitu RX 78-2, Zaku II dan Zaku II Commander Type.

Dari masa ke semasa Bandai terus membuat penyelidikan dalam menghasilkan model Gundam yang lebih baik. Usaha mereka membuahkan hasil apabila pada 1990 teknologi bancuhan plastik terutama rekaan 'poly cap' dibahagian sendi gundam diperkenalkan.  Polycaps menjadikan model lebih fleksible. Kini bancuhan plastik yang menggunakan teknologi 'System Injection' membolehkan berbagai warna diadaptasikan pada model. Maka lahirlah versi HIGH GRADE (HG) yang mudah dicantumkan tanpa penggunaan gam dan fleksibel. Ciri yang paling utama versi HG adalah rekaan bahagian dalaman (inner frame) dan bahagian luaran (outer frame). Dengan rekaan tersebut model Gundam lebih realistik dan mudah digayakan mengikut citarasa Gunpla.

Kini versi HG adalah sinonim dengan skala 1:144. Versi HG yang dikeluarkan oleh Bandai adalah seperti berikut:-
  1. High Grade Universal Century (HGUC)
  2. High Grade Gundam Seed
  3. High Grade Gundam Seed MSV
  4. High Grade Fighting Action
  5. High Grade Gundam OO

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails