Saturday, June 26, 2010

Mobile Suit Gundam (versi USA) di serang 11 September

Walaupun siri animasi Mobile Suit Gundam (MSG) telah diperkenalkan di Jepun sejak 1979, ia sebenarnya tidak pernah dialih ke bahasa Inggeris sehinggalah pada tahun 2001. Tanggal 23 Julai 2001, Cartoon Network secara rasmi membuat tayangan perdana siri MSG versi bahasa Inggeris di USA. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat animasi namun tanpa disangka-sangka angkara peristiwa 11 September 2001 siri animasi MSG dihentikan siarannya serta merta!.

Dengan runtuhnya Menara Pusat Perdagangan US kerajaan Amerika memberi arahan agar segala rancangan television yang mempunyai unsur peperangan dan keganasan dihentikan. Sehingga kini siri MSG tidak disambung semula siarannya oleh Cartoon Network. Agak pelik bagaimana animasi MSG yang menggunakan teknologi tahun 1980an  dianggap ganas oleh Amerika. Mungkinkah wujud teori konspirasi?

Hal ini terus menjadi misteri lebih-lebih lagi pada 8 Jun 2002 siri MSG cuba disiarkan semula oleh Cartoon Network tetapi sekali lagi tanpa sebarang alasan yang munasabah ia ditarik balik siarannya. Hingga kini tiada sebarang penerangan tentang sebab nasib malang yang menimpa MSG. Para peminat MSG di Amerika menggelarkan peristiwa 11 September 2001 sebagai konspirasi dan 'pembunuh sebenar Mobile Suit Gundam'.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails