Bermula apabila 3 robot Zaku milik Zeon yang membuat intipan di Sektor 7 Earth Federation dan terserempak dengan Gundam buat pertama kali. Dalam masa yang sama Tem Ray saintis yang mencipta teknologi robot Gundam sedang sibuk melakukan kerja pemindahan Gundam ke dalam kapal induk White Base. Char Aznable selaku pegawai Zeon kini percaya bahawa Gundam tersebut adalah 'Projek V' secara sulit oleh Earth Federation.

Berpandukan buku tersebut Amuro Ray nekad memasuki kokpit Gundam RX-78 2 dan bertarung dengan Zaku. Zaku pertama ditewaskan dengan tangan kosong menggunakan teknik ala 'judo'. Zaku kedua pula hancur akibat penggunaan pedang siber Gundam buat pertama kalinya.
Ketika RX-78 2 memenangi pertarungan tersebut Char Aznable mula sedar kehebatan Gundam dan betapa Zeon telah memandang rendah Gundam dan Earth Faderation.
0 comments:
Post a Comment