Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Gundam Termahal Didunia


Bersempena dengan Expo Basel World 2007 iaitu Pameran Jam dan Barang Kemas Terbesar Sedunia di Basel, Switzerland, Bandai Co Ltd dengan beraninya mengumumkan usahasama dengan Ginza Tanaka Jewelery untuk  menghasilkan "GUNDAM FIX PLATINUM"!

Usahasama ini merupakan strategi pintar Bandai bagi mempromosikan serta mendedahkan produk dan watak Gundam kepada dunia golongan elit atasan. Gundam RX-78 2 dalam versi platinum tulen berwarna perak cerah memberi simbol entiti Gundam yang tidak dimamah usia, tulen, prestig dan unggul. Gundam Fix Platinum hasil cantuman 89 bahagian anggota badan  pula membuktikan ketelitian dan hasil seni yang tidak ternilai.     

Gundam Fix Platinum tidak ditawarkan untuk dijual namun anggaran harga pasarannya adalah 30 million yen (sekitar  US$250,000). Ia adalah produk Gundam termahal dan paling unik. Ia diperbuat daripada 1,400 gram platinum tulen. Model ini yang direka dan diilhamkan oleh Hajime Katoki sendiri mengambil masa 2 tahun untuk diciptakan. Model ini adalah setinggi 125 mm dan seberat 1.4kg. Selain daripada stuktur binaan model ini yang diperbuat daripada platinum bahagian sisi kepala pula ditakhtakan dengan berlian 0.15 karat. 

Gudam termahal ini dipamerkan dari 12 hingga 19 April 2007 dan seterusnya akan disimpan oleh Bandai. Awanz percaya model ini pasti mendapat perhatian dan komen yang positif daripada golongan atasan. Bagi golongan kebanyakan (seperti Awanz hehe) dipersilakan lihat dan hayati keunggulan foto model Gundam  Fix Platinum tersebut. Moga-moga tiada isteri para Gunpla sekalian yang mengidam barang kemas Gundam hehe.


Tuesday, June 29, 2010

Bandai & Namco bergabung kuasa: Trans Am?

Bandai dan Namco adalah 2 nama gergasi dalam bidang tersendiri. Bandai terkenal dengan produk animasi, plasitik modeling dan siri television watak terkenal seperti Ultraman dan Masked Rider. Namco pula merupakan nama besar disebalik produk permainan video seperti siri Tekken dan Resident Evil.

Bermula pada 29hb September 2005 Bandai dan Namco bergabung tenaga dan bersatu sebagai rakan kongsi dibawah nama Namco Bandai Holdings Incorporated. Motif penggabungan adalah kerana pengucupan jumlah pelanggan, kos pengeluaran yang tinggi dan trend terkini pasaran yang mahukan produk murah tetapi berkualiti. Namun adalah sesuatu yang memeranjatkan Awanz apabila membaca kenyataan bersama Namco Bandai tentang penggabungan tersebut iaitu:-
"In the entertainment industry worldwide, global competition has intensified as technological innovations spur the expansion and widespread penetration of information technology networks. In addition, in the domestic Japanese market, the number of children has been decreasing due to declining birth rates, and people's hobbies and interests have diversified. In order to continue to secure sustained profits, we believe we must win customers by aggressively promoting research and development and creating and providing attractive products and services,"

Adakah benar bilangan pelanggan produk Bandai terutamanya semakin berkurangan? Adakah benar bilangan kanak-kanak yang meminati produk berasaskan hobi semakin kurang? Apa yang pasti pihak Bandai sendiri mengakui akan hal ini. Maka sebagai peminat Gunpla marilah kita bersama-sama bersatu hati dan bergabung berkongsi ilmu dan usaha dalam meningkatkan ukhwah dan menyebarkan minat dalam hobi Gunpla ini. Dalam situasi ekonomi yang merudum ia akan menjadi mimpi ngeri sekiranya Bandai lenyap akibat mengalami kerugian.

Awanz berpendapat penggabungan Bandai dan Namco sebenarnya adalah kaedah terbaik bagi meningkatkan kuasa. Penggabungan ini umpama sumber kuasa baru kepada Gundam OO. Disaat Gundam  Exia semakin lemah akibat diasak Innovators dan Earth Alliance tiba-tiba terpancar kuasa simpanan senjata sulit ciptaan Areleo Schrunberg: Kuasa TRANS AM diaktifkan!     

Saturday, June 26, 2010

Mobile Suit Gundam (versi USA) di serang 11 September

Walaupun siri animasi Mobile Suit Gundam (MSG) telah diperkenalkan di Jepun sejak 1979, ia sebenarnya tidak pernah dialih ke bahasa Inggeris sehinggalah pada tahun 2001. Tanggal 23 Julai 2001, Cartoon Network secara rasmi membuat tayangan perdana siri MSG versi bahasa Inggeris di USA. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat animasi namun tanpa disangka-sangka angkara peristiwa 11 September 2001 siri animasi MSG dihentikan siarannya serta merta!.

Dengan runtuhnya Menara Pusat Perdagangan US kerajaan Amerika memberi arahan agar segala rancangan television yang mempunyai unsur peperangan dan keganasan dihentikan. Sehingga kini siri MSG tidak disambung semula siarannya oleh Cartoon Network. Agak pelik bagaimana animasi MSG yang menggunakan teknologi tahun 1980an  dianggap ganas oleh Amerika. Mungkinkah wujud teori konspirasi?

Hal ini terus menjadi misteri lebih-lebih lagi pada 8 Jun 2002 siri MSG cuba disiarkan semula oleh Cartoon Network tetapi sekali lagi tanpa sebarang alasan yang munasabah ia ditarik balik siarannya. Hingga kini tiada sebarang penerangan tentang sebab nasib malang yang menimpa MSG. Para peminat MSG di Amerika menggelarkan peristiwa 11 September 2001 sebagai konspirasi dan 'pembunuh sebenar Mobile Suit Gundam'.

Sunday, June 20, 2010

Ibupejabat Bandai


Bangunan pencakar langit yang terletak di Asakusa Tokyo ini kelihatan sama seperti bangunan yang lain. Bangunan bercirikan moden yang siap dibina pada Jun 1955  ini merupakan Ibupejabat Bandai Co. Limited. Dari jarak jauh tiada sebarang petunjuk untuk mengaitkan bangunan ini sebagai pengeluar produk animasi terkemuka seperti Gundam, Kamen Rider, Dragon Ball, Tamagotchi dan lain-lain.

Namun anda pasti terpegun apabila menghampiri bahagian pintu masuk bangunan ini. Pintu hadapan ibupejabat Bandai memberi masej jelas bahawa mereka adalah syurga kepada animasi dan model mainan terkemuka dunia. Beberapa replika model Bandai seolah-olah mengucapkan selamat datang kepada anda. Dunia kanak-kanak terpendam dalam setiap dewasa pasti terpanggil setiap kali melintasi bangunan Bandai ini.



Taman Tema Gundam


Bertempat di Tasik Kasagawa di kaki Gunung Fiji Jepun sebuat taman tema Gundam dibina pada 2007. Pelawat berpeluang mengambil bahagian dalam permainan interaktif berkaitan Gundam. Tarikan utama sudah tentu adalah Gundam RX-78 2 bersaiz sebenar! Pelawat diberikan beberapa misi untuk diselesaikan dengan hadiah utama merupakan kebenaran memasuki kokpit Gundam!
Selain itu taman tema ini menyediakan permainan keretapi interaktif gundam dimana pengunjung dibawa memasuki alam 'Universal Centurian Gundam'. Berbagai-bagai karektor daripada siri Gundam Seed, Destiny dan Freedom dipaparkan sebagai hiburan keluarga.

RX 78-2 bersaiz sebenar ini adalah yang pertama dibina di Jepun. Ia bukan satu projek rasmi oleh Bandai namun atas usaha sendiri pengusaha taman tema tersebut. Ia dipercayai sebagai satu-satunya taman tema yang berasaskan animasi Gundam. Sememangnya lokasi wajib dilawati oleh peminat Gundam.  

Gundam Hidup

Gundam Hidup!

Sempena Ulangtahun ke-30 Gundam pada 2009, Bandai telah menyiapkan prototaip Gundam saiz sebenar di Odaiba Shiokaze Park, Jepun. Model RX-78 2 yang muncul pada siri pertama 'Mobile Suit Gundam' pada 1979 siap dibina untuk dipamerkan bermula 11.7.2009 sehingga 31.8.2009.

RX-78 2 setinggi 60 kaki (18 meter) dengan rangka utama dibuat daripada keluli manakala badan dibina daripada sebatian gelas fiber yang diperkukuhkan dan disalut oleh plastik. Ia dilengkapi oleh 50 lampu spotlight yang memberi impak dramatik pada waktu malam. 

Malangnya anggota RX-78 2 adalah statik kecuali dibahagian leher yang membolehkan kepalanya digerakkan ke kiri/ kanan.  

Sebenarnya beberapa cubaan membina model bersaiz sebenar Gundam pernah dilakukan pada 1990an melalui Victory Gundam setinggi 33 kaki dan model Zeta Gundam setinggi 23 kaki di Jepun. Seterusnya pada 2007 model RX 78 bersaiz 1:1 juga pernah dibina di Fuji-Q Highland Park namun model tersebut tidak berdiri tegak dan hanya terbaring diatas tanah. 

Oleh itu RX-78 2 yang dibina secara rasmi oleh Projek Bandai G pada 2009 adalah merupakan model terbesar dan paling realistik pernah dibina. Kini masyarakat dari serata dunia mempunyai alasan untuk berkunjung ke Odaiba Jepun. Kini semua orang mampu mengatakan bahawa Gundam benar-benar wujud dan hidup! Bandai juga mengumumkan akan membina sebuah lagi RX 78-2 pada 2010 di Shizuoka Jepun. Kerja gila yang memberikan pulangan lumayan kepada Bandai. Ia juga menunjukkan betapa tingginya daya imaginasi dan kreativiti masyarakat Jepun.












Siapa BAKUC?

Para Gunpla pasti pernah bertumbung dengan karektor yang lucu ini. Dia bukan Ray Mesterio atau ahli gusti walaupun tidak dinafikan gaya dan lagaknya agak 'poyo'. Awanz dengan ini memperkenalkan maksot bagi Gunpla sedunia iaitu; BAKUC Bertopeng! Mula diperkenalkan oleh Bandai pada 2006 beliau bergerak bebas serata dunia dengan niat dan tujuan mempromosikan model plastik Gundam. Beliau makan, minum, tidur dan bercakap tentang Gunpla sahaja.

BAKUC adalah kata ringkas bagi 'Bandai Action Kit Universal Cup'. Ia adalah pertandingan model plastik rasmi yang ditaja oleh Bandai Ltd bagi memberi peluang dan mengalakkan setiap Gunpla menunjukkan bakat dan hasil kreativiti masing-masing di peringkat global. Pertandingan akhir Bakuc yang bermula sejak 2003 ini diadakan di Hong Kong pada setiap akhir tahun. Pada waktu tersebut pemenang-pemenang pertandingan model aksi dari setiap negara akan dijemput untuk mengambil bahagian.
Pada mulanya iaitu pada 2003 pertandingan sebegini dikenali sebagai BAKAC - Bandai Action Kit Asia Cup, dan hanya melibatkan 9 negara Asia termasuk Malaysia. Sebenarnya  dinegara kita terdapat jaguh-jaguh Gunpla yang  mahir dan telah memenangi pertandingan ini. Apabila populariti pertandingan ini semakin meningkat maka bermula 2006 negara-negara Eropah seperti  Amerika Syarikat dan Itali mula dijemput untuk mengambil bahagian dan sejak itu ia dikenali sebagai BAKUC.
Berbalik semula kepada maskot Bertopeng BAKUC, ia masih menjadi misteri sehingga kini. Ia tidak mempunyai warganegara khusus dan tidak bernama. Tiada siapa tahu asal usul, agama atau tahap kekuatan yang dimilikinya. Tetapi sekiranya anda peminat Gunpla ketahuilah bahawa beliau adalah pembimbing dan individu yang sentiasa memberi anda maklumat terkini berkenaan model plastik Gundam. Psst... beliau ini berada di setiap perhimpunan Gunpla/ Bakuc. Percayalah... 
Related Posts with Thumbnails