Sunday, June 20, 2010

Gundam Hidup

Gundam Hidup!

Sempena Ulangtahun ke-30 Gundam pada 2009, Bandai telah menyiapkan prototaip Gundam saiz sebenar di Odaiba Shiokaze Park, Jepun. Model RX-78 2 yang muncul pada siri pertama 'Mobile Suit Gundam' pada 1979 siap dibina untuk dipamerkan bermula 11.7.2009 sehingga 31.8.2009.

RX-78 2 setinggi 60 kaki (18 meter) dengan rangka utama dibuat daripada keluli manakala badan dibina daripada sebatian gelas fiber yang diperkukuhkan dan disalut oleh plastik. Ia dilengkapi oleh 50 lampu spotlight yang memberi impak dramatik pada waktu malam. 

Malangnya anggota RX-78 2 adalah statik kecuali dibahagian leher yang membolehkan kepalanya digerakkan ke kiri/ kanan.  

Sebenarnya beberapa cubaan membina model bersaiz sebenar Gundam pernah dilakukan pada 1990an melalui Victory Gundam setinggi 33 kaki dan model Zeta Gundam setinggi 23 kaki di Jepun. Seterusnya pada 2007 model RX 78 bersaiz 1:1 juga pernah dibina di Fuji-Q Highland Park namun model tersebut tidak berdiri tegak dan hanya terbaring diatas tanah. 

Oleh itu RX-78 2 yang dibina secara rasmi oleh Projek Bandai G pada 2009 adalah merupakan model terbesar dan paling realistik pernah dibina. Kini masyarakat dari serata dunia mempunyai alasan untuk berkunjung ke Odaiba Jepun. Kini semua orang mampu mengatakan bahawa Gundam benar-benar wujud dan hidup! Bandai juga mengumumkan akan membina sebuah lagi RX 78-2 pada 2010 di Shizuoka Jepun. Kerja gila yang memberikan pulangan lumayan kepada Bandai. Ia juga menunjukkan betapa tingginya daya imaginasi dan kreativiti masyarakat Jepun.












0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails