
Model plastik Gundam SD sangat mudah dan ringkas untuk dipasang siap. Oleh yang demikian pergerakan sendi-sendi anggota badannya sangat terbatas. Model Gundam SD juga memerlukan kerja-kerja mewarna dan modifikasi yang agak teliti sebelum ianya dianggap sempurna.
Gundam SD dibuat berdasarkan komik dan bukannya berdasarkan siri animasi. Ia juga tidak mempunyai pemandu/ pengawal kokpit kerana ia adalah umpama robot yang bernyawa dan berkarektor peribadi. Antar kategori SD yang terkenal adalah BB Senshi, Ganso SD Gundam, Musha Gundam dan Knight Gundam.

0 comments:
Post a Comment