Showing posts with label Cetusan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Cetusan Rasa. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Seni Lukisan Gundam Tradisional

Ketika melancong di Pasar Seni pada hujung minggu lepas Awanz tertarik dengan pelbagai kraftangan dan lukisan yang dipamerkan oleh seniman jalanan. Nilai hasil seni tersebut bukan calang-calang oleh itu hanya golongan berada mampu memilikinya. Dalam masa yang sama tercari-cari juga sekiranya ada seniman yang ada menghasilkan karya bermotifkan Gundam (hehe). 
Setelah puas meneroka kesemua gerai memang sah tiada satu pun lukisan Gundam. Mungkinkah Gundam tidak dianggap sebagai karya seni yang sesuai untuk dipamerkan di Galeri Seni? Atau para seniman beraggapan tiada  peminat Gundam akan membeli lukisan robot Gundam? Atau mungkinkah istilah 'robot' tidak sesuai untuk digabungkan dan diasimilasikan sebagai karya tradisional? Persoalan yang tidak terjawab.
 
Namun pada 2005 seorang seniman Jepun bernama Hisashi Tenmyouya secara kreatif telah menghasilkan karya Gundam hasil gabungan unsur moden dan tradisional. Lukisan tersebut yang dinamakan "GUNDAM: Generating Futures" mengambarkan semangat juang dan tradisi samurai pada 'mobile suit' Gundam. Karya tersebut seterusnya dipamerkan di Suntory Museum, Ueno Royal Museum dan sebagainya sebelum akhirnya dijual pada harga USD $615,000-00!. Karya Gundam tersebut memang klasik dan dipenuhi dengan identiti Jepun.
Awanz percaya Gundam mempunyai peminat tersendiri. Alangkah baiknya sekiranya seniman di Pasar Seni dapat menghasilkan lukisan Gundam dengan ciri tradisional tempatan... Siapa tahu ada Gunpla fanatik yang sanggup berhabis untuk membeli karya tersebut.         

Sunday, June 27, 2010

Anugerah Runut lagu Terbaik Gundam jatuh pada...

"Andai dipisah lagu dan irama. Hidup tiada berjiwa, hampa" Tan Sri P.Ramlee
Siri animasi Gundam sentiasa dihiasi dengan runut bunyi yang pelbagai. Runut bunyi penting bagi membangkitkan emosi watak, suasana dan menyampaikan masej dengan lebih berkesan. Pemilihan runut bunyi siri Gundam dilakukan secara terperinci. Jika anda berpendapat pemilihan lagu dibuat secara tangkap muat, fikirkan semula!
Sebenarnya runut bunyi siri Gundam biasanya dinyanyikan oleh artis rakaman ternama Jepun. Kumpulan rock Jepun yang sememangnya kaya dengan stail dan gaya J-Pop menambah karektor pada lagu siri Gundam. Awanz percaya setiap peminat Gundam mempunyai lagu siri Gundam kegemaran masing-masing. Awanz hormat dengan pilihan anda.
Tetapi bagi Awanz runut bunyi terbaik Gundam adalah yang dipersembahkan sebagai lagu tema pembukaan siri Gundam OO Season 1. Single bertajuk 'DAYBREAK'S BELL' dinyanyikan oleh Le'Arc~en~Ciel pada 10.10.2007 telah menduduki tangga teratas carta Oricon Japan. Le'Arc~en~Ciel (bermaksud Pelangai dalam bahasa Perancis) dianggotai oleh Hyde, Tetsuya, Ken dan Yukihiro merupakan kumpulan rock terkenal Jepun dengan penjualan melebihi 13 juta album. Mereka juga terkenal dengan runut bunyi bagi siri animasi Fullmetal Alchmeist bertajuk 'Ready, Steady, Go' dan game Devil May Cry 4 bertajuk 'Drink it Down'.  Awanz dengan ini menganugerahkan Runut lagu Terbaik Gundam. Enjoy!

Friday, June 25, 2010

Michael Jackson Lagenda dan fantasi Mecha

Tanggal 25hb Jun 2009 sentiasa dikenang sebagai tarikh dunia meratapi pemergian penghibur lagenda Michael Jackson. Pada hari ini genap setahun kematian beliau. MJ lahir pada 29.8.1958 meninggal dunia seawal usia 51 tahun. Sejarah hidup beliau dipenuhi warna warni kejayaan, kontroversi dan fantasi. Sebenarnya Awanz lebih memandang kisah hidup MJ sebagai tragedi insan yang mengorbankan usia kanak-kanak bagi mengejar kekayaan. 
 
Namun daripada sudut positif fantasi MJ sebagai peminat Mecha telah mendedahkan dunia kepada peranan robot didalam menangkis anasir jahat. Pada 1987 menerusi filem 'Moonwalker' MJ mendedahkan kepada dunia minat dan fantasinya terhadap teknologi robotik/ mecha (seumpama Gundam) sebagai senjata canggih terampuh untuk menewaskan lawan. MJ difilemkan bertukar kepada Mecha lengkap bersenjata bazooka, mesingan dan roket. Proses transformasi MJ kepada robot sangat canggih  dan realistik.  Robot MJ seterusnya bertukar menjadi jet pejuang mirip kebolehan Kyros Gundam OO. Mengenangkan fantasi robot MJ seawal tahun 1987 Awanz percaya beliau adalah peminat Mecha dalam kelas tersendiri.
 
Bersempena dengan ulangtahun pertama pemergian MJ Awanz mengetengahkan sudut MJ sebagai peminat Mecha sejak 1980an lagi. Fantasi MJ benar-benar mendahului zaman. Bersama-sama doakan roh beliau dirahmati. MJ dalam kenangan.


  Michael Jackson - Moonwalker (NTSC/Region 1)

Friday, June 18, 2010

Gundam Hidup Terbaru 2010

Demam Piala Dunia 2010 makin membara. Beberapa kejutan dan keputusan perlawanan silih berganti. Kekalahan Perancis dan Sepanyol kepada pasukan kerdil sangat mendukacitakan. Namun dari sudut positif ia menunjukkan tiada apa pun yang mustahil. Messi oh Messi, sememangnya pemain yang menakjubkan. Disaat dunia Gundam semakin Awanz lupakan (buat seketika) tiba-tiba kejutan baru ditemui iaitu: Gundam RX 78-2 Saiz Sebenar terbaru! WOW.


Pada 2009 Gundam saiz 1/1 telah dibina di Odaiba Jepun (sila lihat 'Tahukah Anda' ) .  Amat mengejutkan kerana bermula 24 Julai 2010 sehingga 10.1.2011 sebuah lagi RX 78-2  akan dipamerkan di East Shizuoka Square, Shizuoka Jepun. Perbezaan ketara pada model Gundam kali ini adalah ia dilengkapi dengan 'Pedang Laser'. Kini ia dalam proses pembinaan dan bakal siap bulan depan. Tunggu perkembangan terkini. 

Saturday, June 12, 2010

Piala Dunia 2010: Impian Gundam Meister 00

11.6.2010: Sepak mula Piala Dunia 2010 bermula. Upacara 4 tahun sekali menjadi sejarah kerana pertama kali dianjurkan oleh negara Afrika. Piala Dunia adalah bukti dunia boleh bersatu dibawah minat yang sama. Dunia aman tanpa konflik dan politik kotor yang diimpikan oleh setiap pejuang Gundam. Ia adalah impian Gundam Meister yang benar-benar menjadi kenyataan: Dunia Tanpa Peperangan (walaupun ia hanya untuk seketika).  
 
Presiden Fifa Sepp Blatter dalam ucapan pembukaan menyifatka Piala Dunia bukan hanya 'permainan yang cantik' tetapi ia adalah upacara yang menghubungkan manusia sejagat. Tepat sekali kerana Dunia akan tertumpu kepda bola sepak. Semangat nasionalisma akan dikongsi oleh masyarakat dunia kerana rakyat Malaysia umpamanya akan menjadi Brazil, England atau Ivory Coast. Piala Dunia di Afrika Selatan amat simbolik kerana ia adalah bukti negara yang dahulunya diambang kehancuran akibat diskriminasi kaum, dasar 'Aparthide' dan bangsa afrika yang mundur kini menjadi sangat maju kerana bersatu.

Masalah dunia hilang buat seketika. Isu Israel, Gaza, Haiti dan tumpahan minyak di Amerika akan dilupakan. Dunia fatamorgana idaman kesemua Gundam Meister 00.  Kini Setsuna, Lockon, Allelujah dan Teire mampu berehat dan bernafas lega. Tiada peperangan hanya keamanan. Moga ucapan aluan oleh masyarakat Afrika Selatan kepada dunia dapat dihayati iaitu:
"Welcome back HOME to all the World"

Wednesday, June 2, 2010

Gundam: 1 Malaysia & Aman

Masyarakat majmuk Malaysia hidup aman dan damai walaupun ada kalanya kita didedahkan dengan konflik. Bagi Awanz konflik antara kaum adalah sesuatu yang normal dan 1 cara  kita saling mengenali , menghormati dan memahami. Namun kita jangan alpa dan wajib berusaha mencari seberapa banyak titik pertemuan. Hobi Gunpla/ Gundam adalah antara titik penyatuan kita. Gundam bersifat global kerana ia tiada sempadan & diminati oleh masyarakat dunia.

Gundam membawa unsur masyarakat timur & sejagat. Gundam Seed mengajar dunia erti persahabatan  antara Kira Yamato dengan Athrun Zala. Gundam 00 pula mendedahkan  perjuangan 4 Gundam Meister menamatkan peperangan di bumi. Setsuna FSeiei menunjukkan keazaman mangsa peperangan yang mampu mengubah dunia. Kelembutan Puteri Marina Ismail pula mampu meruntun jiwa keras pihak yang bertelagah sehingga berdamai dan bersatu.

Hayati perjuangan Gundam. Cintai Kedamaian. Gundam ada dalam diri setiap individu. Persoalannya; Gundam akan kita pandu kearah kebaikan @ kehancuran? 1 MALAYSIA.  
Related Posts with Thumbnails