Tuesday, June 29, 2010

Bandai & Namco bergabung kuasa: Trans Am?

Bandai dan Namco adalah 2 nama gergasi dalam bidang tersendiri. Bandai terkenal dengan produk animasi, plasitik modeling dan siri television watak terkenal seperti Ultraman dan Masked Rider. Namco pula merupakan nama besar disebalik produk permainan video seperti siri Tekken dan Resident Evil.

Bermula pada 29hb September 2005 Bandai dan Namco bergabung tenaga dan bersatu sebagai rakan kongsi dibawah nama Namco Bandai Holdings Incorporated. Motif penggabungan adalah kerana pengucupan jumlah pelanggan, kos pengeluaran yang tinggi dan trend terkini pasaran yang mahukan produk murah tetapi berkualiti. Namun adalah sesuatu yang memeranjatkan Awanz apabila membaca kenyataan bersama Namco Bandai tentang penggabungan tersebut iaitu:-
"In the entertainment industry worldwide, global competition has intensified as technological innovations spur the expansion and widespread penetration of information technology networks. In addition, in the domestic Japanese market, the number of children has been decreasing due to declining birth rates, and people's hobbies and interests have diversified. In order to continue to secure sustained profits, we believe we must win customers by aggressively promoting research and development and creating and providing attractive products and services,"

Adakah benar bilangan pelanggan produk Bandai terutamanya semakin berkurangan? Adakah benar bilangan kanak-kanak yang meminati produk berasaskan hobi semakin kurang? Apa yang pasti pihak Bandai sendiri mengakui akan hal ini. Maka sebagai peminat Gunpla marilah kita bersama-sama bersatu hati dan bergabung berkongsi ilmu dan usaha dalam meningkatkan ukhwah dan menyebarkan minat dalam hobi Gunpla ini. Dalam situasi ekonomi yang merudum ia akan menjadi mimpi ngeri sekiranya Bandai lenyap akibat mengalami kerugian.

Awanz berpendapat penggabungan Bandai dan Namco sebenarnya adalah kaedah terbaik bagi meningkatkan kuasa. Penggabungan ini umpama sumber kuasa baru kepada Gundam OO. Disaat Gundam  Exia semakin lemah akibat diasak Innovators dan Earth Alliance tiba-tiba terpancar kuasa simpanan senjata sulit ciptaan Areleo Schrunberg: Kuasa TRANS AM diaktifkan!     

Sunday, June 27, 2010

Anugerah Runut lagu Terbaik Gundam jatuh pada...

"Andai dipisah lagu dan irama. Hidup tiada berjiwa, hampa" Tan Sri P.Ramlee
Siri animasi Gundam sentiasa dihiasi dengan runut bunyi yang pelbagai. Runut bunyi penting bagi membangkitkan emosi watak, suasana dan menyampaikan masej dengan lebih berkesan. Pemilihan runut bunyi siri Gundam dilakukan secara terperinci. Jika anda berpendapat pemilihan lagu dibuat secara tangkap muat, fikirkan semula!
Sebenarnya runut bunyi siri Gundam biasanya dinyanyikan oleh artis rakaman ternama Jepun. Kumpulan rock Jepun yang sememangnya kaya dengan stail dan gaya J-Pop menambah karektor pada lagu siri Gundam. Awanz percaya setiap peminat Gundam mempunyai lagu siri Gundam kegemaran masing-masing. Awanz hormat dengan pilihan anda.
Tetapi bagi Awanz runut bunyi terbaik Gundam adalah yang dipersembahkan sebagai lagu tema pembukaan siri Gundam OO Season 1. Single bertajuk 'DAYBREAK'S BELL' dinyanyikan oleh Le'Arc~en~Ciel pada 10.10.2007 telah menduduki tangga teratas carta Oricon Japan. Le'Arc~en~Ciel (bermaksud Pelangai dalam bahasa Perancis) dianggotai oleh Hyde, Tetsuya, Ken dan Yukihiro merupakan kumpulan rock terkenal Jepun dengan penjualan melebihi 13 juta album. Mereka juga terkenal dengan runut bunyi bagi siri animasi Fullmetal Alchmeist bertajuk 'Ready, Steady, Go' dan game Devil May Cry 4 bertajuk 'Drink it Down'.  Awanz dengan ini menganugerahkan Runut lagu Terbaik Gundam. Enjoy!

Skala 1:144 Evolusi Gundam



Skala versi 1:144 adalah perintis kepada model plastik Gundam. Ia wujud sejak 1980 dan setelah lebih 30 tahun versi ini telah melalui proses evolusi.

Model RX 78-2 berskala 1:144 adalah yang pertama dikeluarkan Bandai secara terhad bersempena siri animasi Mobile Suit Gundam. Ia sukar dicantum pasangkan. Pergerakan sendi juga terhad dan seseorang Gunpla perlu menggunakan gam bagi menyempurnakan model tersebut. Ia dikeluarkan dalam format satu warna dan oleh kerana kekurangannya ia dikenali sebagai 'NO GRADE' (NG).


Seterusnya pada awal 1980an model 1:144 versi FIRST GRADE (FG) diperkenalkan. Dengan rekabentuk yang diperkemas dan pergerakan sendi yang lebih fleksible ia menjadi kegilaan baru Gunpla. Namun kekurangan ketara pada versi ini adalah cantuman sendi yang kasar. Versi ini hanya menpunyai warna asas karektor Gundam dan oleh itu ia tidak perlu diwarnakan. Hanya 3 model dikeluarkan Bandai iaitu RX 78-2, Zaku II dan Zaku II Commander Type.

Dari masa ke semasa Bandai terus membuat penyelidikan dalam menghasilkan model Gundam yang lebih baik. Usaha mereka membuahkan hasil apabila pada 1990 teknologi bancuhan plastik terutama rekaan 'poly cap' dibahagian sendi gundam diperkenalkan.  Polycaps menjadikan model lebih fleksible. Kini bancuhan plastik yang menggunakan teknologi 'System Injection' membolehkan berbagai warna diadaptasikan pada model. Maka lahirlah versi HIGH GRADE (HG) yang mudah dicantumkan tanpa penggunaan gam dan fleksibel. Ciri yang paling utama versi HG adalah rekaan bahagian dalaman (inner frame) dan bahagian luaran (outer frame). Dengan rekaan tersebut model Gundam lebih realistik dan mudah digayakan mengikut citarasa Gunpla.

Kini versi HG adalah sinonim dengan skala 1:144. Versi HG yang dikeluarkan oleh Bandai adalah seperti berikut:-
  1. High Grade Universal Century (HGUC)
  2. High Grade Gundam Seed
  3. High Grade Gundam Seed MSV
  4. High Grade Fighting Action
  5. High Grade Gundam OO

Saturday, June 26, 2010

Gundam Rising: Siri 1 Mobile Suit Gundam

Bermula apabila 3 robot Zaku milik Zeon yang membuat intipan di Sektor 7 Earth Federation dan terserempak dengan Gundam buat pertama kali. Dalam masa yang sama Tem Ray saintis yang mencipta teknologi robot Gundam sedang sibuk melakukan kerja pemindahan Gundam ke dalam kapal induk White Base. Char Aznable selaku pegawai Zeon kini percaya bahawa Gundam tersebut adalah 'Projek  V' secara sulit oleh Earth Federation.
Zaku mula membuat serangan ganas terhadap Gundam dan masyarakat Sektor 7. Amuro Ray menyaksikan sendiri kematian orang awam terutama ibu dan datuk rakannya bernama Fraw. Dalam kekalutan Amuro Ray mencari bapanya Tem Ray beliau terjumpa buku manual mengendalikan Gundam. 
 
Berpandukan buku tersebut Amuro Ray nekad memasuki kokpit Gundam RX-78 2 dan bertarung dengan Zaku. Zaku pertama ditewaskan dengan tangan kosong menggunakan teknik ala 'judo'. Zaku kedua pula hancur akibat penggunaan pedang siber Gundam buat pertama kalinya.

Ketika RX-78 2 memenangi pertarungan tersebut Char Aznable mula sedar kehebatan Gundam dan betapa Zeon telah memandang rendah Gundam dan Earth Faderation. 

Mobile Suit Gundam (versi USA) di serang 11 September

Walaupun siri animasi Mobile Suit Gundam (MSG) telah diperkenalkan di Jepun sejak 1979, ia sebenarnya tidak pernah dialih ke bahasa Inggeris sehinggalah pada tahun 2001. Tanggal 23 Julai 2001, Cartoon Network secara rasmi membuat tayangan perdana siri MSG versi bahasa Inggeris di USA. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat animasi namun tanpa disangka-sangka angkara peristiwa 11 September 2001 siri animasi MSG dihentikan siarannya serta merta!.

Dengan runtuhnya Menara Pusat Perdagangan US kerajaan Amerika memberi arahan agar segala rancangan television yang mempunyai unsur peperangan dan keganasan dihentikan. Sehingga kini siri MSG tidak disambung semula siarannya oleh Cartoon Network. Agak pelik bagaimana animasi MSG yang menggunakan teknologi tahun 1980an  dianggap ganas oleh Amerika. Mungkinkah wujud teori konspirasi?

Hal ini terus menjadi misteri lebih-lebih lagi pada 8 Jun 2002 siri MSG cuba disiarkan semula oleh Cartoon Network tetapi sekali lagi tanpa sebarang alasan yang munasabah ia ditarik balik siarannya. Hingga kini tiada sebarang penerangan tentang sebab nasib malang yang menimpa MSG. Para peminat MSG di Amerika menggelarkan peristiwa 11 September 2001 sebagai konspirasi dan 'pembunuh sebenar Mobile Suit Gundam'.
Related Posts with Thumbnails